YKCR : Home

Competency certified by:

Berita OSH   |    Pentauliahan    |    Soalan Lazim    |    Site Map      

Anda adalah pelawat ke

Support Website :     http://www.kadhijau.com     |     http://www.kadhijauccdcidb.com     |     http://www.kursusccdcidb.com

YKCR : Kursus Kad Hijau CIDB YKCR : Kursus CCD CIDB YKCR : Mengenai Kami YKCR : Hubungi Kami

“Profesional dalam kendalian     Berintegriti dalam urusan    Tepat mengikut keperluan

Q:  Berapakah bayaran untuk mohon kursus Kad Hijau CIDB?

A:  Untuk memohon kursus tiada sebarang kos. Kos yang dikenakan hanyalah kos semasa ingin memohon Kad Hijau CIDB iaitu sebanyak RM50 bagi pekerja tempatan dan RM25 bagi pekerja asing.


Q:  Berapa lamakah kad akan siap dan boleh diambil?

A:  Mengikut ISO CIDB, kad siap dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh bayaran dijelaskan. Ini bermaksud, kad tidak akan dicetak selagi bayaran tidak dijelaskan.


Q:  Saya telah mempunyai passport NIOSH-OGSP. Perlukah saya memohon Kad Hijau dan hadir kursus Kad Hijau CIDB?

A:  Bagi pemegang passport OGSP, mereka masih lagi perlu memohon Kad Hijau CIDB untuk bekerja tapi di kecualikan daripada menghadiri Kursus Kad Hijau CIDB. Mereka boleh terus memohon Kad Hijau tanpa hadir kursus.


Q:  Pekerja asing saya memegang permit selain daripada “construction worker”. Bolehkah mereka memohon Kad Hijau CIDB?

A:   Permit yang dibenarkan untuk memohon hanyalah permit “construction worker”.


Q:  Saya telah mempunyai kad sebelum ini dan telah lama mati. Bagaimanakah cara untuk membuat pembaharuan?

A:  Bagi pembaharuan kad, anda TIDAK perlu lagi menghadiri kursus. Anda boleh terus membuat bayaran di kaunter CIDB dengan membawa salinan kad hijau asal / salinan ic / salinan passport & permit baru ataupun boleh membuat bayaran secara online di smb.cidb.gov.my


Q:  Adakah CIDB akan memaklumkan kepada kita apabila kad telah siap?

A:  Tidak. Kita boleh membuat semakan status di smb.cidb.gov.my